Page 92 - VC Message
P. 92

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR




                                     4.  Manifestasi inilah yang mencerminkan kecintaan dan kebanggaan kita yang tidak
                                         berbelah bahagi terhadap negara dalam sambutan Merdeka, dengan memainkan
                                         peranan untuk menzahirkan kesetiaan dan patriotisme yang teguh terhadap tanah
                                         air dan masa depan negara.
                                     5.  Ini melangkaui pendekatan konvensional semata-mata, tetapi memperbaharui
                                         keyakinan dan dedikasi kita dalam memberi yang usaha terbaik kepada perjuangan
                                         yang kita yakini, serta memberi impak positif kepada negara dan rakyat. Daripada
                                         ciptaan penyelidikan baharu di makmal, sehingga kepada proses pengajaran dan
                                         pembelajaran harian di dewan kuliah serta kerja lapangan, kita mencipta kesan
                                         berantai dan impak berangkai kepada negara, suatu realiti yang sering kita lupa
                                         untuk hargainya.
                                     6.  Justeru, kita mesti berbangga dengan tanggungjawab dan peranan yang telah
                                         diamanahkan, sama ada sebagai pelajar, penyelidik atau profesor, kerana kita
                                         semua berkongsi aspirasi dan platform yang sama sebagai rakyat Malaysia and
                                         anak watan negara.
                                     7.  Beberapa aspek teras masa depan pendidikan tinggi dan hubungannya dengan
                                         semangat  kenegaraan  dan  Merdeka  juga  kian  penting.  Akses  inklusif  kepada
                                         pendidikan tinggi berkualiti serta keterbukaan kepada kepelbagaian dan
                                         penggabungan bakat, dan kepakaran dan ilmu yang pelbagai kekal sebagai
                                         kemuncak aspirasi bersama untuk kemajuan kemanusiaan.
                                     8.  Universiti Malaya menegaskan kembali tonggak ini – akses inklusif, bebas dan
                                         adil kepada nilai pendidikan dan perkongsian ilmu, di mana kapasiti bersama atas
                                         asas pemahaman bersama serta niat universal untuk memperoleh dan berkongsi
                                         ilmu, kepakaran dan pengalaman kekal sebagai tonggak masa depan pendidikan
                                         global.
    84
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97