Page 40 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 40

KARYA FRAGMEN JIWA

                                             Sabzali Musa Kahn
                                   Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya








































                                          Tajuk 1: Fragmen Jiwa I
                            Karya Ilustrasi : Sabzali Musa Kahn, APM-UM 2025





































                                          Tajuk 2 : Fragmen Jiwa II
                            Karya Ilustrasi : Sabzali Musa Kahn, APM-UM 2025

          Fragmen Jiwa menggambarkan keadaan dalaman manusia yang terpecah dan tidak
          tertahan akibat tekanan emosi, konflik batin dan kehilangan arah hidup. Figura
          manusia dipersembahkan dalam bentuk fragmentasi anggota tubuh terpisah, wajah
          kabur dan ruang yang tidak stabil melambangkan identiti yang berpecah serta jiwa
          yang bergelut mencari keseimbangan. Penggunaan warna emosional dan sapuan
          kasar mencerminkan lapisan perasaan yang bertindih antara kegelisahan, kesunyian
          dan harapan yang rapuh. Garisan yang terputus dan bersilang menjadi simbol
          pemikiran yang bercelaru, sementara ruang tanpa titik tumpu menandakan
          kekosongan makna. Karya ini tidak menjurus untuk menyatu fragmen tersebut
          secara harmoni, sebaliknya membiarkannya wujud sebagai realiti pengalaman
          manusia bahawa jiwa sering hadir dalam keadaan pecah, namun tetap hidup dan
          merasai cabaran hidup ini.
                                                                                                  40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45