Page 401 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 401
PXGM 6106 MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini akan menerangkan kepada pelajar tentang peranan pengurus dan pentadbir pendidikan
dalam konteks pengurusan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan. Contoh-contoh kajian kes tentang
proses penyerapan teknologi maklumat dalam pengurusan institusi-institusi pendidikan di dalam dan luar negara
akan dibincangkan dan diterangkan. Tujuan kursus ini adalah untuk mengkaji pembangunan bidang teknologi
maklumat yang penting dalam pengurusan sekolah. Di antara topik-topik yang akan difokuskan adalah teknologi
maklumat dalam pengurusan pendidikan sebagai sub-sistem, memaksimakan potensi teknologi maklumat untuk
pengurusan pendidikan, menyusun teori-teori dan praktis untuk asimilasi teknologi maklumat di sekolah-
sekolah, dan kes-kes penyerapan teknologi maklumat dalam pengurusan sekolah serta pengalaman daripada
luar negara.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan 100%.
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
William, B.K. & Sawywwer, S.C. (2004). Using Information Technology: A Practical Introduction to Computer &
Communication. (Complete Version). New York: McGraw-Hill.
Shelly, G.B., Cashman, T.J & Vermaat., M.E. (2004). Discovering Computers: A Gateway to Information.
Boston, USA: Thomson Course Technology.
O’Leary, T.J. & O’Leary, L, I. (2004). Computer Essentials. New York: McGraw-Hill.
PXGM 6107 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Di antara pendidik-pendidik profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan, peranan
pengurus sumber manusia adalah unik. Gerakerja sekolah, berbeza dengan pengurusan penrniagaan kerana ia
berasaskan sumber manusia – dilengkapkan terutamanya daripada manusia. Oleh yang demekian, pengurusan
sumber manusia merupakan pusat kepada proses pengurusan sekolah awam, universiti dan lain-lain agensi
pendidikan. Fokus kursus ini adalah memeriksa strategi jangka panjang di dalam pengurusan sumber manusia
untuk membantu menarik, mengekal dan membina individu-individu didalam sistem persekolahan, universiti dan
juga lain-lain agensi pendidikan untuk mencapai matlamat keseluruhan organisasi-organisasi tersebut. Ini
disempernakan melalui sumber manusia/ fungsi individu di dalam meramal keperluan tenaga kerja, latihan,
pemilihan, induksi, penilaian, pembangunan, ganjaran, kawalan, perundingan dan maklumat.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60 %; peperiksaan: 40 %.
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Young, P (2007). The Human Resource Function in Educational Administration. Prentice Hall: New Jersey.
French, Wendell (2006). Human Resource Management. Houghton Mifflin: Boston.
Jazzar, M., & Algozzine, B. (2006). Critical issues in educational leadership. Boston, MA: Allyn and Bacon.
Dessler, G. (2005). Essentials of Human Resource Management. Prentice Hall: New Jersey.
Stewart, R. (2005). The Reality of management (6 ). London: Heinemann.
rd
354