Page 405 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 405

PXGT 6190                  DISERTASI                                                                                        40 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini memerlukan pelajar untuk menyatakan masalah kajian dan kerangka kajian dalam bidang
            kaunseling, serta menjalankan kajian yang berkaitan dengan bidang kaunseling. Pelajar akan membuat tinjauan
            literatur, dan seterusnya menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data yang sesuai. Pelajar akan
            dibimbing oleh seorang pensyarah penyelia  sepanjang proses penyelidikan.  Laporan  penyelidikan dihantar
            untuk diperiksa pada akhir semester.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan : 100%,

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Abd Rahim Md Nor (2009). Statistical methods in research. PJ, Selangor: Prentice Hall.
            Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
            Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala ordinal dan nominal. Shah Alam: McGraw-
                Hill
            Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
            Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning conducting, and evaluating quantitative and qualitative
            research (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall.

             PXGT 6301          PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DAN MODEL PENGAJARAN                  3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini membincangkan tentang definisi dan sejarah psikologi dan kewujudan tiga perspektif utama
            iaitu  behaviourisme,  kognitivisme  dan  konstruktivisme.  Behaviourisme  mementingkan  rangsangan  dan
            gerakbalas yang boleh diperhatikan, kognitivisme memberi perhatian kepada proses-proses mental manakala
            konstruktivisme  menyarankan  bahawa  realiti  dibina  oleh  manusia  dan  tidak  wujud  daripada  benda  yang
            diperhatikan.  Penekanan  ialah  bagaimana  teori-teori  ini  menjadi  asas  mengaplikasikan  teknologi  dalam
            pengajaran.
                   Kursus  ini  juga membincangkan beberapa model pengajaran penting seperti model interaksi-sosial,
            pemprosesan  maklumat,  personal  dan  behavioral.  Antara  kaedah-kaedah  yang  dibincangkan  ialah  kaedah
            pengkuliahan, kaedah kumpulan kecil, kaedah perbincangan, kaedah  sokratik, metakognisi dan kaedah  lain.
            Model-model  dan  kaedah  ini  akan  dikaji  daripada  pandangan  teori  dan  bukti  kajian  yang  menyokong
            keberkesanan informasi.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan (Forum kelas; Tugasan): 60%, Peperiksaan: 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Glass, A. & Holyoak, K. (2000). Cognition: Auckland:McGraw-Hill Book Co.
            Biggs, J. & Moore, P. (1998). The process of Learning. New Jersey:Prentice Hall.
            Philips,J.A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir:Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn
                   Bhd
            Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning & Cognition. New Jersey: Prentice-Hall.
            Anderson, J. R. (1997) Cognitive Psychology and its implications. New York:W.H. Freeman and Company
            Klein, S. (1991). Learning:Principles and Applications. New York:McGraw-Hill International.
                                                                                          358
   400   401   402   403   404   405   406   407   408   409   410