Page 408 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 408
PXGZ 6102 STATISTIK UNTUK PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini direkabentuk untuk membantu pelajar menggunakan statistik asas dalam penyelidikan
pendidikan. Melalui tugasan praktikal, pelajar tidak sahaja mempelajari cara menggunakan prosedur statistic
tertentu tetapi juga cara untuk menyedia dan menyaring data. Disamping itu, cara mengendalikan masalah
dalam analisis data seperti kehilangan data, kes ekstrim (outlier), taburan tidak normal dan lain-lain juga akan
dibincangkan. Artikel daripada jurnal penyelidikan pendidikan akan digunakan untuk menunjukkan bagaimana
teknik statistik diaplikasi dan dihuraikan dalam literatur saintifik, dan bagaimana dapatan kajian dilapor dan
ditafsir. Isi kandungan kursus ini termasuk organisasi data , ukuran kecenderungan memusat, ukuran
pembolehubah, skala pengukuran, taburan normal, konsep pengujian hipotesis, perbandingan perbezaan antara
dua min (sample besar dan kecil), perbandingan perbezaan antara dua varians, jadual kontingensi, pengujian
khi kuasa dua, Spearman’s rho, korelasi hasil darab momen Pearson, persampelan rawak yang ringkas dan
ANOVA satu hala. Secara umum kursus ini merangkumi teknik prosedur deskriptif dan inferensi penting yang
digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Indeks saiz kesan dan cara meningkatkan kekuatan sesuatu
prosedur statistik juga akan dibincangkan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan): 60%, Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia
Rujukan Utama/Main References
Huck, S.W.(2008). Reading statistics and research (5 . Ed.). Boston: Pearson Education, Inc.
th
Coakes, S. J. & Steed, L. (2007). SPSS Version 14 for Windows: Analysis without anguish. John Wiley & Sons
Australia, Ltd.
Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
Minium, E.W., King, B. M. & Bear, G. (2003). Statistical reasoning in psychology and education (4 . Ed.). New
th
York: John Wiley & Sons.
Mann, P.S. (1998). Introductory statistics (3 .Ed.). USA:John Wiley and Sons, Inc.
rd
Glass, G.V.& Hopkins, K. D. (1996). Statistical methods in education and psychology (3 . Ed.). Needham
rd
Heights, MA: Ally and Bacon.
361