Page 315 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 315
PMGS 6306 PENGAJARAN MATEMATIK MASA AWAL KANAK-KANAK 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk membantu para pelajar memahami kaedah yang berkesan untuk mengajar matematik masa awal
kanak-kanak. Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah kandungan matematik dalam kurikulum pra sekolah, asas psikologi bagi
pengajaran matematik masa awal kanak-kanak, pengajaran untuk pemahaman dan pembinaan, model bersepadu bagi pengajaran
matematik masa awal kanak-kanak, pengajaran nombor dan konsep pengangkaan, perkembangan pemikiran geometri dan pengajaran
pengukuran dalam matematik pra sekolah. Kursus ini juga akan membincangkan idea penyelidikan yang berkait dengan pengajaran
matematik masa awal kanak-kanak.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60%, Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Reys, R.,Lindquist,M.,Lambdin,D.V. & Smith, N.L (2009), Helping children learn mathematics, 9 edition,John Wiley.
th
Smith, S. S. (2009). Early childhood Mathematics:International Edition,4/E, Pearson High Education.
Sarama, J. & Clements, D. H. (2009). Early mathematics education research: Learning trajectories for young children, New
York:Routledge.
Shaw, J. & Blakes, S. (1998). Mathematics for young children. New jersey, Prentice Hall.
PMGS 6320 KOGNISI DAN PENDIDIKAN SAINS 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada teori asas kognisi seperti teori Piaget, Vygotsky, Ausubel, Gagne dan Teori
Pemprosesan Maklumat yang menyokong dan menerangkan proses pembelajaran. Falsafah dan teori konstruktivis juga akan
dibincangkan. Teori kognitif awal akan dibandingbezakan dengan teori konstruktivis dan nerokognitif terkini. Metakognisi akan
dibincangkan berkaitan kognisi. Pelajar juga akan didedahkan kepada bagaimana teori kognitif boleh diterjemahkan menjadi kerangka
teori sebagai dasar kajian konsepsi pelajar.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Gagne, e.d. (2000). The cognitive psychology of school learning.(3 edition) NY: Allyn & Bacon.
rd
Slavin, R.E. (2006). Educational Psychology. NY: Allyn & Bacon
Tokuhama-Espinosa, T. (2014). Making classrooms better 50 practical applications of mind, brain, and education
science. NY:W.W. Norton.
Reisberg, d. (2015). Cognition-exploring the science of the mind, 6 edition. NY:W.W. Norton.
th
267