Page 318 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 318

PMGS 6330   PROGRAM KESEJAHTERAAN HIDUP                                3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini menyediakan pelajar supaya dapat berfungsi sebagai pendidik kesihatan, pengurus kesihatan dan fasilitator yang
            berkesan dalam pelbagai program wellness yang melibatkan remaja dan masyarakat. Pelajar dapat mengidentifikasikan dan mengurus
            aspek  kesihatan  melalui  pendedahan  kepada  prinsip  asas,  teori  dan  falsafah  mengenai  wellness  serta  kepentingan  program  untuk
            mencegah penyakit, mengekalkan kesihatan serta gaya hidup yang produktif.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan:60%,  Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Butler, T.J. (1994). Principles of health education and health promotion. Colarado: Morton Pub. Co,
            Donatelle, R.J. (1994). Access to health. New Jersey: Prentice Hall.
            Kementerian Kesihatan Malaysia. Manual kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan


             PMGS 6333  PENDIDIKAN KESIHATAN MASYARAKAT                             3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  menyediakan  pelajar  untuk  menjadi  pendidik  kesihatan  yang  beresan  dalam  mengatasi  masalah  kesihatan
            masyarakat.  Pelajar  mengidentifikasi  dan  mengurus  masalah  kesihatan  berkaitan  masyarakat  seperti  pencemaran  alam  sekitar,  vital
            statistics, masalah berkaitan seks, dan lain-lain lagi. Pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa strategi yang dianggap berkesan
            untuk mengubah tingkah laku sesebuah masyarakat seperti strategi sebaran maklumat menjadi masyarakat Malaysia “ Sihat Sepanjang
            Hayat”.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan:60%,  Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Green, L.W., & Anderson, C.L., (1986). Community health. 5th ed. St. Louis: Mosby College Publishing.
            Publica Health Reports, Health and Behaviour, American Journal of Health Education

              PMGS 6336    KESIHATAN MENTAL                                         3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini memberi kesedaran dan kefahaman mengenai konsep dan teori-teori berkaitan dengan kesihatan mental, jenis-jenis
            penyakit mental (punca dan symptom), program modifikasi tingkahlaaku dan khidmat kaunseling untuk pelajar bermasalah mental dan
            multi level research berasaskan masalah kesihatan mental masa kini. Peranan kaunselor dan guru serta aspek etika dan prosedur dalam
            proses modifikasi tingkahlaku juga akan dibincangkan.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan:60%,  Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Mahoney, B. (1992). Core concepts in health. Colorado: MayfiledsPublishing.
            Publica Health Reports, Health and Behaviour, American Journal of Health Education



                                                                                                             270
   313   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323