Page 148 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 148
PDHD 7306 ANALISIS KOMPARATIF KEWANGAN SEKOLAH 3 KREDIT
COMPARATIVE ANALYSIS IN SCHOOL FINANCE CREDITS
Sinopsis/Synopsis
Kursus ini memberi tumpuan kepada topik tentang perkembangan dan isu-isu pembiayaan pendidikan di
negara maju dan negara membangun. Konsep pelaburan dalam pendidikan dan kesan kepada
pendapatan per kapita individu dan masyarakat, pendekatan pelaburan dalam pendidikan dan
pembangunan sumber manusia terlatih, kos dan faedah pelaburan dalam pendidikan secara
perbandingan, strategi dan kaedah pembiayaan pendidikan dan pengurusan kewangan sekolah di
Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Malaysia, Thailand dan negara ASEAN yang lain
akan dibincangkan. Isu- isu mengenai struktur dan strategi pembiayaan pendidikan dan proses dan
kesan pengurusan kewangan sekolah di negara maju dan negara membangun juga turut dibincangkan.
This course will concentrate on the development and the issues of financing education in the developing and
developed countries. The topics to be discussed will include the concept of investment in education and the effect of
it on the per capita income of the individual and the society: the investment on the education and training of human
resources, comparative strategy and approaches of the costs and benefits in the investment in education and school
financial management in USA, UK, Australia, Japan, Malaysia, Thailand, OECD and ASEAN countries. The strategic
and structural issues in financing education and the process and the effects of the school financial management in
the developed and developing countries will also be discussed.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan:70%, Peperiksaan 30%
Assesment Method : Continuous assessment assignments 70%, exam 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Medium of Instruction : Malay and English
Rujukan Utama/Main References:
Alexender, K., & Salmon , R.G. ( 1995). Public School finance, London, Allyn and Bacon.
Burrup, P.E. et al. (1996). Financing Education in a climate Of change, London, Allyn and Bacon.
Odden, A.R & Picus, I.O. (2000). School Finance, A Policy Perspective, Boston, Mc Graw Hill.
Shahril Marzuki. (2005). Pembiayaan Pendidikan dan Pengurusan Kewangan Sekolah di Malaysia, Kuala
Lumpur: PTS
148