Page 306 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 306
PJGS 6305 PELAKSANAAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM SEKOLAH 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada proses pelaksanaan kurikulum dan asas teori yang digunapakai,
masalah, strategi pendekatan yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah dan membolehkan pelaksanaan berjalan lancar. Antara
tajuk yang dibincangkan ialah kes-kes pelaksanaan dalam pelbagai senario perubahan kurikulum, teori dalam perancangan sebagai
landasan menentukan strategi pelaksanaan, masalah pelaksanaan kurikulum, langkah dalam menentukan pendekatan yang efektif dalam
mengatasi masalah pelaksanaan, sumber data dan pencerakinannya dalam membantu proses pelaksanaan, perkembangan professional
dan arah aliran dalam pelaksanaan kurikulum dimasa akan datang.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70% Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Alkin, M. C. (2004). Evaluation roots: Tracing theorists’ views and influences. Thousand Oaks, CA: Sage.
Saedah Siraj (Ed). (2000). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Kuala Lumpur: Alam Pintar Entp.
Glasgow, N.A. (1997). New curriculum for new times. California: Corwin Press, Inc.
PJGS 6306 PENDEKATAN DALAM PENILAIAN KURIKULUM 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada model-model penilaian kurikulum bagi membolehkan sesuatu, proses
perancangan, rancangan, dan pelaksanaan sesuatu projek kurikulum di analisis dan dinilai dalam konteks sesuatu situasi. Menerusi
maklumat yang diperolehi pelajar akan mampu melihat kesahihan maklumat bagi tujuan sesuatu keputusan dibuat. Antara tajuk yang
dibincangkan ialah kerangka teori kepada model-model penilaian, pelbagai model penilaian, kekuatan dan kelemahan sesuatu model
sebagai landasan menilai kurikulum, sumber maklumat, verifikasi maklumat, pencerakinan maklumat, tatacara dalam menilai, konstren
dan masalah dalam proses menilai dan solution yang berkemungkinan dikemukakan, dan positioning diri sebagi seorang penilai
professional kurikulum.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Alkin, M. C. (2004). Evaluation roots: Tracing theorists’ views and influences. Thousand Oaks, CA: Sage.
Stake, R. E. (2004). Standards-based and responsive evaluation. Thousand Oaks, CA: Sage.
Rossi, P. H., Lipsey, M. W., & Freeman, H. E. (2003). Evaluation: A systematic approach (7 ed.). Newbury Park, CA: Sage.
th
258