Page 309 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 309
PMGS 6102 REKABENTUK DAN PERANCANGAN KURIKULUM DALAM 3 KREDIT
PENDIDIKAN MATEMATIK
Sinopsis
Kursus ini bertumpu kepada proses dalam kurikulum matematik yang berkaitan dengan identifikasi matlamat, pengembangan
program, pelaksanaan, dan penilaian. Asas sejarah, falsafah, dan sosiologi bagi reka bentuk dan perancangan kurikulum dalam
pendidikan matematik akan dibincangkan. Kursus ini juga akan meneliti kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah, dengan
penekanan kepada bentuk program masa kini, aliran semasa dalam reka bentuk dan isi kandungan, skop dan susunan, inovasi, dan
proses reformasi. Tumpuan juga adalah kepada usaha mengenal pasti isu dan masalah bagi tujuan penyelidikan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60% Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Keeley, P. & Rose, C.M. (Eds). (2006). Mathematics curriculum topics study: Bridging the gap between standards and practice.
Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Pinar, W.F. (Ed.). (2003). International handbook of curriculum research. Mahwah, NJ: Lawren ce Erlbaum Associates.
National Council of Teachers of Mathematics (2000). Principles and standards for pschool mathematics. Reston, VA: NCTM.
Nik Azis, N.P. (1995). Penghayatan matematik KBSR dan KBSM: Agenda tindakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
PMGS 6120 PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SAINS 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada ciri, skop dan pelbagai model penyelidikan dalam pendidikan sains serta
kelebihan dan kelemahan setiap satu model dan alternatifnya. Bidang penyelidikan yang terkini dalam pendidikan sains akan diulas.
Kajian kuantitatif dan kualitatif tertentu akan dipilih untuk analisis kritikal agar membolehkan pelajar memperoleh kefahaman yang lebih
mendalam tentang reka bentuk dan metodologi penyelidikan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Gall, M. D., Gall, J. P., & Borg, W. R. (2006). Educational research: An introduction (8th ed.). Boston: Pearson Allyn & Bacon.
Creswell, J. W. (2002). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (2nd ed.). Beverly Hills, CA:
Sage.
Bordens, K.S. & Abbott, B.B. (2001). Research Design and Methods. Wadsworth: Australia
261