Page 326 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 326

PPGK 6305              INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK                                                    3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus ini melibatkan pengenalpastian awal, perkhidmatan,sokongan dan intervensi untuk kanak-kanak, dari lahir sehingga 4
            tahun,  yang  menunjukkan  kelewatan  dalam  perkembangan  yang  menimbulkan  risiko    masalah  pembelajaran  (LD).  Perkembangan
            mungkin dikaitkan dengan variasi individu dalam kadar dan corak kematangan, faktor persekitaran seperti pendedahan kepada bahasa,
            dan  kualiti  peluang  pembelajaran.  Indikasi  awal  yang  kanak-kanak  mungkin  mengalami  masalah  pembelajaran  termasuk  masalah
            perkembangan pertuturan dan bahasa, koordinasi motor, persepsi, pentaakulan, interaksi sosial, prasyarat pencapaian akademik  dan
            bidang  lain  yang  relevan  kepada  pencapaian  objektif  pembelajaran.  Indikator  ini  boleh  kelihatan  seiringan  dengan  masalah  regulasi
            kendiri, penumpuan, atau interaksi sosial. Kursus ini juga mengambil kira wacana masa kini dalam pendidikan awal kanak-kanak yang
            berfokus kepada perbezaan dalam falsafah dan imej ketidakupayaan dan perkaitan variasi tersebut dengan konsep penilaian bermakna,
            hak keluarga dan kanak-kanak, terangkuman (inclusion), gabungjalinan dengan ibu bapa dan ahli profesion, pendekatan kepada kurikulum
            dan penggunaan alat teknologi dalam praktis.

            Kaedah Penilaian          : Penilaian berterusan :  70%, Peperiksaan: 30%

            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama

            Talay-Ongam, A. (2004). Early development risk and disability: Relational contexts.  Frenchs Forest, NSW : Pearson Education
            Odom, S. L., Hanson, M. J., Blackman, J. A., & Kaul, S. (2003).Early intervention practices around the world. London : Paul H. Brookes
                   Pub Co.
            Shonkoff, J. P., & Neisels, S. J. (2000). Handbook of early childhood intervention. UK : Cambridge University Press.

             PPGK 6307      TREND DAN ISU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK               3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan meneliti teori, kurikulum dan amalan dari perspektif pendidikan awal kanak-kanak. Program dan kurikulum di
            Malaysia akan dibincangkan dan juga dibuat perbandingan dengan program dan kurikulum di Negara lain. Selain itu, tumpuan adalah
            kepada usaha mengenal pasti isu dan masalah bagi tujuan penyelidikan.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian  : 60%,  Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Staples New, Rebecca & Cochran, Moncrieff. (2007). Early childhood education: An international encyclopedia. Greenwood Publishing
                   Group.
            Copple, C., &  Bredekamp, S. (2006). Basics of developmentally appropriate practice.  NAEYC. United States of Amerika.


















                                                                                                             278
   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331