Page 380 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 380

PPGK 6305              INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK                                                    3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus  ini  melibatkan  pengenalpastian  awal,  perkhidmatan,sokongan  dan  intervensi  untuk  kanak-
            kanak,  dari  lahir  sehingga  4  tahun,  yang menunjukkan  kelewatan  dalam  perkembangan  yang menimbulkan
            risiko  masalah pembelajaran (LD). Perkembangan mungkin dikaitkan dengan variasi individu dalam kadar dan
            corak kematangan, faktor persekitaran seperti pendedahan kepada bahasa, dan kualiti peluang pembelajaran.
            Indikasi awal yang kanak-kanak mungkin mengalami masalah pembelajaran termasuk masalah perkembangan
            pertuturan  dan  bahasa,  koordinasi  motor,  persepsi,  pentaakulan,  interaksi  sosial,  prasyarat  pencapaian
            akademik dan bidang lain yang relevan kepada pencapaian objektif pembelajaran. Indikator ini boleh kelihatan
            seiringan dengan masalah regulasi kendiri, penumpuan, atau interaksi sosial. Kursus ini juga mengambil kira
            wacana masa kini dalam pendidikan awal kanak-kanak yang berfokus kepada perbezaan dalam falsafah dan
            imej  ketidakupayaan  dan  perkaitan  variasi  tersebut  dengan  konsep  penilaian  bermakna,  hak  keluarga  dan
            kanak-kanak, terangkuman (inclusion), gabungjalinan dengan ibu bapa dan ahli profesion, pendekatan kepada
            kurikulum dan penggunaan alat teknologi dalam praktis.

            Kaedah Penilaian          : Penilaian berterusan(Tugasan; kuiz dan pembentangan) :  70%,
                                     Peperiksaan: 30%

            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Talay-Ongam, A. (2004). Early development risk and  disability: Relational  contexts.  Frenchs Forest, NSW :
                   Pearson Education
            Odom, S. L., Hanson, M. J., Blackman, J. A., & Kaul, S. (2003).Early intervention practices around the world.
                   London : Paul H. Brookes Pub Co.
            Shonkoff, J. P., & Neisels, S. J. (2000). Handbook of early childhood intervention. UK : Cambridge University
                   Press.

             PPGK 6307      TREND DAN ISU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK               3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan meneliti teori, kurikulum dan amalan dari perspektif pendidikan awal kanak-kanak.
            Program  dan  kurikulum  di  Malaysia  akan  dibincangkan  dan  juga  dibuat  perbandingan  dengan  program  dan
            kurikulum di Negara lain. Selain itu, tumpuan adalah kepada usaha mengenal pasti isu dan masalah bagi tujuan
            penyelidikan.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian (Ujian, Tugasan) : 60%,  Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Staples New, Rebecca & Cochran, Moncrieff. (2007). Early childhood education: An international encyclopedia.
                   Greenwood Publishing Group.
            Copple, C., &  Bredekamp, S. (2006). Basics of developmentally appropriate practice.  NAEYC. United States of
                   Amerika.





                                                                                          333
   375   376   377   378   379   380   381   382   383   384   385