Page 385 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 385
PPGS 6113 PERKEMBANGAN SEPANJANG HAYAT 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan kognitif dan pengalaman mengenai
perkembangan sepanjang hayat dari lahir hingga usia 80. Pelajar juga akan mempelajari bagaimana budaya
dan status sosio ekonomi mempengaruhi perkembangan sepanjang hayat. Beberapa pendekatan teori akan
dikaji. Pelajar juga berpeluang memerhati manusia secara realiti dan juga dalam filem dan mengenalpasti tema
perkembangan hayat. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi secara semuka dengan orang yang melalui
perkembangan dari lahir hingga usia tua. Pelajar akan meneroka pendekatan multi model bagi menggalakan
pembelajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan visual, audio dan lain-lain
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan):70%, Peperiksaan:30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Papalia, D., Olds, S., & Feldman, R. (1998). Human development, (7 ed.). McGraw-Hill.
th
Muus, R. E. (1990). Adolescent behavior and society: A book of readings. New York: McGraw Hill International.
Dusek, J. B. (1987). Adolescent development behavior. London: Prentice Hall Internatioanl Inc.
PPGS 6115 PSIKOLOGI REMAJA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan membolehkan guru, kaunselor, ibu bapa dan pendidik memahami psikologi
remaja. Kursus ini akan meneliti pertumbuhan dan perkembangan fizikal anak remaja, tugas perkembangan,
perkembangan kognitif dan kebolehan, perkembangan sosio-emosi dan hubungan dengan orang signifikan,
perkembangan personaliti, masalah-masalah remaja dan faktor-faktor yang menyebabkan masalah itu dan
persediaan bagi dunia dewasa.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 60%, Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Santrock, J. (2008). Adolescent development. International student edition, McGraw Hill Publishers.
Berk, L. (2006). Development through the lifespan. Pearson International edition, USA : Allan and Bacon
Publishers.
Dacey, J., & Kenny, M.(1997). Adolescent development, (2 ed.). Dubuque: Brown & Benchmark Publisher.
nd
338