Page 386 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 386

PPGS 6116                 KOGNISI SOSIAL                                                                                  3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini membolehkan pelajar memahami interaksi antara perkembangan kognitif, sosial dan afektif.
            Antara topik-topik yang diajar termasuk kepentingan kognisi, perkembangan ekologi dan kognitif, perkembangan
            bahasa  dan  kognisi  sosial,  pemahaman  kanak-kanak  tentang  emosi, moraliti  dan  akur  kendiri  sosial,  sikap,
            persepsi, pembentukan identiti dan diri serta hubungan interpersonal.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 60%,  Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia  dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Forgas, J .P.(2007). Handbook of affect and social cognition. USA:Lawrence Erlbaum Associates, Ins.
            Hala, S.(1999). The development of social cognition. New York: Psychology Press.

             PPGS 6125               PENDIDIKAN KHAS                                                                             3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini adalah kursus asas dalam bidang pendidikan khas yang bertujuan memperkenalkan bidang
            ini  kepada  guru,  kaunselor,  pentadbir  sekolah  dan  para  profesional  lain  yang  akan  berinteraksi  dengan
            kepelbagaian  murid  dari  mereka  yang  bermasalah  pembelajaran  kepada  mereka  yang  pintar  cerdas  dan
            berbakat. Topik utama termasuk asas pendidikan khas  serta teori dan pendekatan pengajaran untuk kanak-
            kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, kanak-kanak kurang upaya dalam
            pembelajaran, kanak-kanak bermasalah tingkah laku dan kecelaruan emosi dan kanak-kanak yang mengalami
            kecacatan deria.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan - Tugasan Individu, Kajian Kes, Penglibatan Kelas (60%),
                                   Peperiksaan (40%)

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Woolfolk, A. E. (2007). Educational psychology,  (10  ed.). Allyn and Bacon Inc.
                                                  th
            Bender, W. N. (2001). Learning disabilities: Characteristics, identification, and teaching strategies. University of
                   Georgia. Allyn and Bacon, Inc.
            Goodley,  D.  (2000).  Self-advocacy  in  the  lives  of  people  with  learning  difficulties:  The  politics  of  resilience.
                   Philadelphia: Open University Press.
            Hallahan, D. P. , & Kauffman, J.M. (2000). Exceptional learners. Boston: Allyn and Bacon.
            Heward, L. W. (2000). Exceptional child: An introduction to special education. Merrill, Prentice Hall, Inc.
            Smith, D. D. (1988). Special education. Boston: Allyn and Bacon.
            Ward, L.  (1998).  Innovations in advocacy and empowerment for people with intellectual disabilities. London:
                   Lisieux Hall Publisher.
            Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                                                                          339
   381   382   383   384   385   386   387   388   389   390   391