Page 383 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 383
PPGS 6106 PRAKTIKUM KAUNSELING 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini adalah kursus amali di mana pelajar diperlukan menjalankan kaunseling di bawah
penyeliaan pensyarah. Setiap pelajar diperlukan merakamkan sekurang-kurangnya tujuh sesi kaunseling untuk
dibawa ke kelas makmal bagi tujuan kritikan dan penyeliaan. Pelajar perlu meneruskan memberi kaunseling
kepada klien yang sama sehingga masalah klien dapat diselesaikan. Pelajar diperlukan menyerahkan satu
rakaman sesi setiap dua minggu.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Hill, C. F.& O’ Brien, K. M. (1999). Helping skills: Facilitating exploration, insight and action. APA
Baird, B.N(1996). The internship, practicum and field placement handbook: A Guide for the Helping Professions.
Prentice Hall.
Berry, C (2002). Basic counseling techniques: A begining therapist’s toolkit, IL : 1st Books Library.
Corey, G.(1996). Case approach to counseling and psychotherapy (4th.ED) Pacific Grove : Brooks/Cole
Publishing Company.
.
PPGS 6107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada kepimpinan dalam kaunseling kelompok dan teori-teori
yang boleh digunapakai semasa melaksanakannya. Ia bertujuan membimbing pelajar menjadi pemimpin
kelompok yang berkesan dan dapat menjalankan kaunseling kelompok. Kursus ini juga akan membekalkan
kemahiran pengendalian kelompok serta kaedah campurtangan yang digunakan untuk menangani krisis dalam
kelompok. Di samping itu, pelajar akan memahami garispanduan etika semasa melaksanakan kaunseling
kelompok.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan) : 50%, Peperiksaan : 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Corey, G. (2007). Theory and practice of group counseling. Pacific Grove, CA: Cengage.
Corey, M. S., & Corey, G. (2001). Groups process and practice, (6 Ed.). Brooks/ ColePublishing Company.
th
Kottler, J. A. (2001). Learning group leadership: An experiential approach. Needham Heights: Allyn Bacon.
336