Page 392 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 392

PPGS 6140        STANDARD PROFESIONAL DAN ETIKA KAUNSELING                                  3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini memberi pendedahan tentang isu  semasa yang berkaitan dengan etika dalam profesion
            kaunseling.  Pelajar  akan  mendapat maklumat tentang  beberapa  kod  etika  kaunselor  seperti  digariskan  oleh
            Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) dan American Counseling Association  (ACA). Pelajar  juga akan
            mendapat maklumat untuk memformulasi pendekatan sendiri dengan berpandukan etika bagi menyelesaikan
            isu-isu asas dan professional dalam kaunseling.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan) : 60%,  Peperiksaan: 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Corey,  G.,  Corey,  M.  S.,  &  Callanan,  P.  (2006)  Issues  and  ethics  in  the  helping  professions.  California:
                   Wardsworth.
            Welfel,  E.  R.  (2006).  Ethics  in  counseling  and  psychotherapy:  Standards,    research,  and  emerging  issues.
                   California: Wardsworth.
            Pope, K. S., & Vasquez, M. J. (1998). Ethics in psychotherapy and counseling : A practical guide, (2  Ed.). San
                                                                                     nd
                   Francisco; Jossey-Bass.


             PPGS 6141              PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING PERKHIDMATAN                          3 KREDIT

            Sinopsis

                   Pengalaman  lapangan  dalam  seting  pendidikan,  institusi  atau  agensi  (swasta  atau  awam)  yang
            dibenarkan.  Pengalaman  ini  adalah  direkabentuk  untuk  memberikan  peluang  kepada  pelajar  pengalaman
            terselia  dalam mengimplementasikan  kemahiran  dan  pengetahuan  yang  diperlukan  untuk  menjadi  kaunselor
            yang berkesan. Ia memberikan peluang kepada pelajar sarjana menggunakan kaedah pembuatan keputusan
            reflektif  dalam  mentaksir,  merekabentuk,  menyampai  dan  menilai  kaunseling  berkesan.  Penyeliaan  akan
            dilakukan oleh pensyarah dan juga kaunselor di agensi. Memerlukan pemenuhan jam kerja yang ditetapkan dan
            pencapaian standard prestasi/pengalaman. Pertemuan akan dijalankan  setiap minggu untuk membincangkan
            isu klinikal dan pengembangan kemahiran.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan (Ujian, Tugasan) : 40%,  Peperiksaan : 60%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Groth-Marnat, G. (2003). Handbook of psychological assessment (4  Ed). Hoboken. NJ: John Wiley & Sons. Inc
                                                             th
            Seligman, L. (2004). Diagnosis and treatment planning in counseling (3  Ed). New York, NY: Springer.
                                                               rd
            MacCluskie, K. C., Welfel, E. R. & Toman. S. M. (2002). Using test data in clinical practice: A handbook of for
                   mental health professionals. Sage Publication.
            Watkins, C. E..Campbell, V. L. (2000). Testing and assessment in counseling practice (2  Ed). Mahwah, NJ:
                                                                              nd
                   Lawrence Erlbaum Assocites, Inc..Publishers.




                                                                                          345
   387   388   389   390   391   392   393   394   395   396   397